Thursday, 11 August 2011

Waspadailah perkahwinan tanpa wali.

Dari Aisyah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa wanita yang dinikahkan tanpa izin walinya, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil. Jika wanita itu sudah disetubuhi, maka mahar tetap menjadi miliknya, kerana telah dihalalkan kemaluannya. Jika mereka (para wali) saling berselisih, maka pemimpin adalah wali bagi orang yang tidak mempunyai wali.” …Islam mensyaratkan beberapa hal pada diri wali, iaitu merdeka, berakal, baligh dan Islam. ….Sebagaimana yang sudah diketahui, bahawa wanita lebih banyak dikuasai oleh perasaannya dan tunduk kepada hukumnya, sehingga sering pilihannya tidak tepat dan baik. Jika dia menetapkan suatu pilihan, boleh jadi hal itu justeru mendatangkan keburukan bagi dirinya, sementara dia tidak menyedarinya. Oleh kerana itu hikmah yang amat besar, Islam menjadikan wali sebagai orang yang mengurusi diri wanita, agar dia boleh mengarahkan segala permasalahannya, membantunya dalam menetapkan pilihan, sehingga dia boleh menyelidiki lebih jauh bagaimana kebaikan laki-laki yang mengajukan lamaran, istiqamahnya dan agamanya. ...Wanita Muslimah mempunyai hak untuk menerima atau menolak lamaran yang diajukan kepadanya. Walinya tidak mempunyai hak untuk memaksanya menerima laki-laki yang tidak dikehendakinya. Dia juga tidak boleh melarangnya untuk kahwin dengan laki-laki yang disukainya, asalkan laki-laki itu baik agama dan akhlaknya.

Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment