Thursday, 11 August 2011

Pahala kerana kematian 3 orang anak.

Sabda Rasulullah 'Tidaklah di antara kamu sekalian ada seorang wanita yang dahulu mati 3 anaknya melainkan baginya penghalang dari api neraka'. Lalu ada seorang wanita yang bertanya, 'Bagaimana dengan dua anak?' Baginda menjawab 'Juga dua anak'. ..kehidupan wanita dengan segala suka dan dukanya, semuanya adalah baik dan baginya ada pahala di sisi Allah. Wanita Muslimah yang bersyukur .... akan mendapat kebaikan di dunia dan Akhirat. Sedangkan wanita yang imannya nipis, yang selalu mengeluh dan marah-marah kerana mendapat musibah, yang beranggapan bahawa semua cubaan turun kepada dirinya, tidak menyerah diri adanya nikmat, tidak melaksanakan haknya dan tidak mensyukurinya, yang akhirnya nikmat itu akan berubah menjadi penderitaan baginya.Wanita Mukminah yang hakiki adalah wanita yang reda kepada Tuhannya dan membenarkan apa yang dijanjikan kepadanya.
 
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita
 
 

No comments:

Post a Comment