Monday, 1 August 2011

Iman kepada qada’ dan qadar dan menjaga diri agar tidak terjerumus ke dalam perkara ghaib.

Faedah iman kepada qada’ dan qadar ialah (i) Wanita Mukminah dapat hidup tenang di dunia ini, tidak takut dan tidak khuatir, kerana dia tahu bahawa apa yang telah ditakdirkan Allah baginya akan terjadi, tidak dapat disangkal dan tidak dapat dihindari. ‎(ii) Wanita Muslim tidak akan bersedih terhadap sesuatu yang tidak dapat diperolehnya, kerana dia tahu bahawa sesuatu itu tidak ditakdirkan baginya. Kalau memang ditakdirkan, tentu sesuatu itu tidak akan lepas dari tangannya, seperti apa p...un keadaannya. Abu Hatim, seorang yang zuhud pernah ditanya: “Mengapa engkau tidak resah terhadap rezekimu?” Dia menjawab: “Kerana aku tahu, kalau memang rezeki itu milikku, tentu ia akan mendatangiku meski pun seluruh penghuni bumi merebutnya dengan kemampuan mereka. Kalau memang rezeki itu milik orang selain diriku, tentu aku tidak akan boleh mendapatkannya, meski pun aku menempuh jalan apa pun, sebab Allah menjadikannya milik orang selain aku.” (iii) Di antara faedah imanmu kepada qada’ dan qadar ialah bahawa jangan engkau terlalu dibuai kegembiraan, kerana harta yang engkau peroleh, atau anak, ataupun kedudukan. Engkau harus tahu bahawa semua itu merupakan kurnia dari Allah dan berkat takdirNya. (iv) Engkau harus mengerjakan apa yang diperintahkan kepadamu dengan cara yang baik, menyingkiri yang dilarang darimu. Maka saat itulah engkau akan merasakan ketenangan kerana engkau tahu bahawa apa yang telah ditakdirkan Allah pasti ak...an terjadi, dan yang lain tidak akan terjadi. (v) Musibah yang menimpamu, dan engkau ketahui bahawa itu merupakan sebab yang sudah ditentukan, akan membuat mu menghindari sebab-sebab yang menimbulkan penyesalan. Lalu engkau dapat mencari sebab-sebab yang boleh mendatangkan keberuntungan.....Wanita yang beriman kepada qada’ dan qadar Allah adalah orang yang paling jauh dari kehinaan dan akan menjadi orang yang paling dekat dengan keutamaan. Marilah kita memohon kepada Allah, semoga Dia berkenan menjadikan kita orang-orang yang beriman terhadap qada’ dan qadar. Ya Allah ilhamilah kami untuk mensyukuri nikmat mu, sabar menghadapi cubaan Mu dan reda terhadap takdir Mu.
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment