Dari Aisyah r.a. bahawa Al-haula Binti Tuwaitin melaluinya, sedangkan di sisinya ada Rasulullah SAW lalu aku (Aisyah) berkata : ‘Ini adalah Al-Haula’ binti Tuwaitin, mereka berkata bahawa dia tidak pernah tidur malam.’ Berkata Rasulullah SAW ‘Tidak pernah tidur malam? Ambillah dari pekerjaan menurut kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak merasa bosan sehingga kamu merasa bosan.’ …Allah telah member kemudahan agama kepada kita dan tidak menjadikan kita merasa keberatan ataupun kesukaran melaksanakannya serta mengurniakan kita kenikmatan berupa kemudahan….. Berdasarkan ini, maka engkau tidak boleh memberatkan dirimu sendiri dalam beribadah kepada tuhan. Sebab orang yang memberatkan dirinya sendiri dalam ibadah bererti bertentangan dengan ruh Islam, yang akhirnya cepat ataupun lambat hati itu akan menimbulkan kebosanan, jemu ataupun tidak mampu melaksanakan lagi ibadah tersebut.
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita
No comments:
Post a Comment