Dari Aisyah r.a. Rasulullah SAW masuk lalu mendengar bayi menangis, lalu baginda bersabda ‘Mengapa bayi mu ini menangis? Lalu apakah kamu semua tidak member ruqyah kepadanya kerana pandangan mata?’ .. Ruqyah adalah sesuatu yang dapat menyembuhkan orang sakit, berupa doa termasuk zikir kepada Allah, Asmaul Husna dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Para ulama sepakat tentang diperbolehkannya menggunakan ruqyah selagi memenuhi 3 syarat:
(1) Ruqyah itu harus dengan kalam Allah, Asma’ atau sifat-sifat-Nya,
(2) Ruqyah itu harus menggunakan lafaz Arab yang rasmi dan boleh difahami serta diketahui maknanya. Sebab yang tidak boleh difahami, tidak dapat terhindar dari syirik,
(3) Harus ada keyakinan bahawa Ruqyah tidak berpengaruh kerana barangnya, tetapi kerana taqdir Allah.
No comments:
Post a Comment