Dari Abu Bakar bin Sulaiman Al-Qursyi, dia berkata: ‘Sesungguhnya ada seorang laki-laki dalam kalangan Ansar yang mempunyai bisul. Lalu ditunjukkan bahawa Asy-Syifa’ binti Abdullah dapat mengubati bisul dengan ruqyah. Maka laki-laki Ansar itu menemuinya lalu meminta agar dia mengubatinya dengan ruqyah. Asy-Syifa’ berkata: ‘Demi Allah, aku tidak lagi mengubati dengan ruqyah sejak aku masuk Islam.’ Lalu laki-laki Ansar itu pergi menemui Nabi SAW dan mengkhabarkan kepada baginda tentang apa yang dikatakan Asy-Syifa’. Maka, Rasulullah SAW memanggil Asy-Syifa’, seraya berkata: ‘Perhatikanlah (ruqyah itu) kepada ku! Maka dia pun memperlihatkannya. Lalu beliau berkata ‘Ubatilah dia dengan ruqyah, dan ajarkanlah ia kepada Hafsah sebagaimana engkau mengajarkan Al-Kitab kepadanya’. Dalam suatu riwayat disebutkan: ‘Mengajari menulis.’ …Jadi wanita juga harus belajar, mendatangi majlis-majlis ilmu dan bertanya kepada orang-orang yang berilmu tentang segala hal yang hendak diketahuinya, seperti urusan-urusan agamnya, jika suami tidak memiliki pengetahuan tentang hal itu…yang dimaksudkan ilmu di sini adalah apa yang terkandung di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.
No comments:
Post a Comment