Thursday, 11 August 2011

Wasiat untuk Ummahatul-Mukminin.

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda ‘Yang paling cepat bertemu dengan aku (sepeninggalan ku) adalah yang paling panjang tangannya di antara kamu.’ Aisyah berkata ‘Lalu mereka saling menghulurkan siapa di antara mereka yang paling panjang tangannya.’ Aisyah berkata lagi ‘Maka yang paling panjang tangannya di antara kami adalah Zainab kerana dia selalu bekerja dengan tangannya sendiri dan sedekahnya.’ … panjang tangan = paling banyak member sedekah… sedekah dan kebaikan. .. Para ahli sejarah dan biografi telah sepakat bahawa Zainab adalah yang pertama sekali meninggal di antara isteri-isteri baginda iaitu pada masa khalifah Umar bin Al-Khattab. .. Wasiat ini mengajarkan kita tentang keutamaan sedekah, berkah dan pengaruhnya. Nabi Muhamad SAW mengajarkan kepada kita bahawa di antara sifat-sifat yang harus dihindari oleh para wanita Muslimat adalah bakhil, akhlak yang buruk dan kelemahan hati.

Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment