Dari Al-Husain bin Muhsan, bahawa makciknya dating kepada Nabi SAW, untuk suatu keperluan, namun dia tidak mendapatkan apa yang diperlukannya, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: ‘Apakah engkau mempunyai suami?’ Dia menjawab ‘Ya’. Baginda bertanya ‘Bagaimanakah kedudukan mu di sampingnya?’ Dia menjawab ‘Aku tidak mengabaikannya kecuali yang memang aku tidak mampu mengerjakannya. Baginda berkata ‘Maka lihatlah, di mana kedudukan mu di sampingnya, kerana dia adalah Syurga mu dan Neraka mu.’ …Di antara hak wanita atas suaminya atau kewajipan suami terhadap isterinya, dia harus mengajari apa yang diperlukan isterinya tentang masalah-masalah agama. …Menurut Imam Ali r.a. maksudnya: Ajari dan didiklah mereka. …Di antara hak wanita atas suaminya, suami harus menjaga dan mencemburui dirinya. Hak wanita yang lain, suami harus mempergauli dengan cara yang baik dan mencurahkan kasih saying kepadanya. Hak wanita yang lain, suami tidak boleh mengkhianatinya dan mencari-cari kesalahannya. …Bererti suami merupakan sebab yang boleh memasukkan dirimu ke Syurga, iaitu selagi engkau melaksanakan haknya atas dirimu. Namun selagi engkau meremehkan hak-hak tersebut dan tidak mengetahuinya, maka suami boleh menyebabkan dirimu masuk ke Neraka. Di antara kewajipan mu, hendaklah engkau berusaha bagaimana memuaskan suami dan menyusupkan kegembiraan ke dalam hatinya. Jangan sampai ia mendengar diri mu kecuali ucapan-ucapan yang baik, jangan sampai dia mencium dari mu kecuali bau harum, agar rumah mu menjadi tenang dan nikmat sendi-sendinya. …Di antara hak suami atas diri mu, engkau harus menjaga dirinya dalam kaitannya dengan agama, kehormatan dan perasaannya. Haknya yang lain atas dirimu, engkau tidak boleh keluar dari rumahnya tanpa seizinnya. Haknya yang lain atas diri mu, engkau tidak boleh mengizinkan seorang pun berada di dalam rumahnya kecuali dengan izinnya. Haknya yang lain, engkau harus menjaga hartanya dan engkau tidak boleh membelanjakannya sekehendak mu sendiri. Hak yang lain, engkau harus mengurus rumahnya dan menata kehidupannya. Haknya yang lai, engkau harus berbuat baik kepada sanak keluarga dan saudara-maranya.
No comments:
Post a Comment