“Ummu Atiyyah berkata: Rasulullah SAW bersabda tidak boleh bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk berkabung dan tidak mahu berhias lebih dari tiga (hari) kecuali kerana kematian suami. Maka dia tidak boleh bercelak dan tidak mengenakan pakaian celup kecuali serban.” Wahai saudari Muslimahku! Kematian adalah sesuatu yang tidak mungkin dihindari…Berkabung – tidak lebih dari tiga hari kerana kematian selain suami, baik ayah mahupun yang lain. Berkabung kerana kematian suami – Empat bulan dan sepuluh hari. … Adanya rasa sedih dan duka harus diletakkan pada batasan syariat Islam yang hanif, iaitu dengan tidak berhias dan tidak memakai wangian. Sedangkan selain itu, seperti menampar pipi, merobek-robek saku pakaian, berdoa dengan doa Jahiliyyah, adalah tindakan yang tercela, dan syariat yang hanif melarangnya.` "Empat bulan dan sepuluh hari." Ada yang berpendapat, bahawa hikmah masa ini adalah masa sempurnanya penciptaan janin, dan ditiupkannya roh kepadanya setelah berjalan seratus sepuluh hari. Ini merupakan tambahan dari empat bulan.
No comments:
Post a Comment