Dari Urwah, dari Aisyah r.a. ia berkata ‘Ada seorang wanita bersama dua anak perempuannya masuk seraya meminta-minta, namun dia tidak boleh mendapatkan sesuatu pun yang ada pada ku selain dari satu buah kurma, lalu ku berikan buah kurma itu kepadanya, maka wanita itu membahaginya kepada dua puterinya, sedangkan dia sendiri tidak memakan darinya, kemudian dia bangkit dan pergi. Lalu Rasulullah SAW memasuki tempat kami, lalu ku sampaikan kejadian ini. Maka baginda berkata ‘Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan ini, maka mereka akan menjadi pelindung baginya dari Neraka.’ …Islam datang dengan cahayanya dan membenteras kekufuran dengan segala kepekatannya serta mengembalikan kepada para wanita hak-haknya yang dirampas sekian lama. Sebelum itu ada anak-anak wanita yang dikubur hidup-hidup di dalam tanah dan ada pula di antara mereka yang ditenggelamkan di air pada hal masih disusui, sebahagian lagi ada yang disembelih atau diperjual-belikan…. Islam menyeru tentang keutamaan mengasuh anak perempuan dan pahala melimpah yang dijanjikan bagi siapa yang melaksanakan tugas mulia ini… Sesungguhnya balasan kebaikan mu terhadap anak-anak perempuan di sisi Allah adalah amat besar, iaitu berupa penghindaran dari api Neraka, yang bererti akan masuk Syurga. ….Perkataan Nabi SAW ‘Fa ahsana ilaihinna’ yang dimaksudkan al-ihsan di sini adalah upaya menjaga, memelihara dan mencukupi kemaslahatan mereka dengan cara member nafkah, pakaian dan lain-lainnya, serta memperkatikan apa yang terbaik bagi mereka dengan cara mendidik, membimbing, mengarahkan dan melarang mereka dari hal-hal yang tidak patut…
No comments:
Post a Comment