Dari Aisyah r.a. bahawa dia menghantarkan seorang (pengantin) wanita kepada (pengantin) lelaki dari Ansar, lalu Nabi SAW bertanya: ‘Wahai Aisyah, apakah tidak ada hiburan bersamamu semua? Kerana orang Ansar itu senang kepada hiburan.” Islam adalah agama kemanusiaan, tahu keperluan manusia dan tuntutan yang diperlukan setiap manusia. Islam menyedari bahawa hati itu boleh bosan, sebagai mana halnya badan. Maka Islam memperbolehkan bagi Muslim atau Muslimahnya untuk mencari hiburan yang mubah (harus) dalam beberapa perayaan atau lainnya, seperti acara pernikahan. Di antara hiburan yang mubah antara suami isteri seperti ketawa dan bergurau, baik berupa perkataan mahu pun perbuatan atau yang lainnya. Di antara hiburan mubah (harus) ialah nyanyian yang dialunkan wanita bagi wanita, terlepas dari kata-kata yang hina dan makna yang tidak senonoh, sehingga wanita Muslimah tidak keluar dari kewibawaannya… komen penulis buku: harus engkau ketahui pula, sungguh merupakan bahaya yang amat besar apabila engkau tidak menjaga diri terhadap alat-alat hiburan moden seperti televisyen, video, radio dan lain-lainnya….sebagai alat untuk menghancurkan muda-mudi…boleh menyebarkan kehinaan.
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita
No comments:
Post a Comment