Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata: “Fatimah menemui Nabi SAW seraya meminta seorang pembantu kpd beliau. Lalu baginda berkata kepada Fatimah, “Ucapkanlah: ‘Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh dan Robbul-‘arsy Yang Agung, wahai Tuhan kami, Tuhan segala sesuatu, yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Qur’an, yang menumbuhkan butir-butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan, aku berlindung kepada Mu dari kejahatan segala sesuatu, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya, Engkaulah yang awal dan tidak ada sesuatu sebelum Mu, dan Engkaulah yang akhir dan tidak ada sesuatu sesudah Mu, Engkau yang zahir dan tidak ada sesuatu pun di atas Mu, Engkau yang batin dan tidak ada sesuatu pun selain Eangkau, lunaskanlah hutang ku dan cukupkanlah aku dari kemiskinan.” Seorang ahli zuhud, Ibrahim bin Adam berkata: “Kamu mengenal Allah ttp tdk mentaati Nya, kamu mengenal Rasulullah SAW ttp tdk mengikuti sunnahnya. Kamu mengenal Al-Quran ttp tdk mengamalkannya. Kamu memakan nikmat Allah ttp tdk mensyukurinya. Kamu mengenal syurga ttp tdk mencarinya, iaitu dgn amal-amal soleh. Kamu mengenal Neraka ttp tdk menghindarinya, iaitu dgn meninggalkan kederhakaan dan dosa. Kamu mengenal syaitan tetapi tidak memusuhinya dan justeru menyerupainya. Kamu mengenal mati tetapi tidak bersiap-siap menghadapinya. Kamu mengubur orang-orang yang meninggal tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka. Kamu tidak mahu tidur tetapi justeru sibuk menyibar aib orang lain dan kamu sendiri melupakan aibmu.” .…Engkau akan mendapatkan bagaimana mengingat Allah itu dapat menyingkirkan mendung, resah, perasaan papa, dan sebaliknya ia akan mendatangkan perasaan tenang, tenteram dan mencukupi.
No comments:
Post a Comment