Dari Yusairah r.a., dia adalah termasuk wanita-wanita yang berhijrah, dia berkata: ‘Rasulullah SAW pernah berkata kepada kami: ‘Hendaklah kamu semua membaca tasbih, tahlil dan taqdis, dan hitunglah dengan jari-jari, kerana jari-jari itu kelak akan ditanyai dan akan berbicara, dan janganlah kamu lupa, sehingga kamu melupakan rahmat.’ …Tasbih adalah ucapan Subhanallah. Tahli adalah ucapan la ilaha illallah, dan taqdis adalah ucapan Subhanal-malikil-quddus, atau ucapan Subbuhun quddusun rabbul-malaikati war-ruhi.-
Penutup
…nasihat yang berharga…
1. Ikhlaslah kerana Allah tatkala bersendirian mahu pun terang-terangan, hindarilah riya’ dalam perkataan dan perbuatanmu.
2. Hindarilah syirik dalam akidah dan ibadah
3. Hendaklah engkau mendalami hokum-hukum agama mu dan janganlah engkau memandang segala urusan hanyan dengan kekuatan akal mu sahaja.
4. Taatlah kepada suami kalau memang engkau bersuami, dan janganlah engkau menolak apa pun yang dia minta selain bukan suatu kederhakaan, jagalah dirimu dan hartanya selagi dia tidak ada di sisi mu.
5. Berbaktilah kepada kedua orang tua mu dengan cara berbuat baik kepada keduanya, janganlah menyakitinya dan usahakanlah agar engkau selalu dapat menyusupkan kegembiraan ke dalam hatinya.
6. Jadilah engkau pesaing dalam kebaikan dan bersegeralah menjauhi keburukan, perbanyaklah zikir dan sedekah.
7. Berbuat baiklah kepada tetangga mu, baik dalam perkataan mahu pun perbuatan, dan janganlah memperlihatkan dirimu kepada mereka kecuali hal-hal yang baik sahaja.
8. Jadilah orang yang selalu melaksanakan solat tepat pada waktunya dan melaksanakan solat sunat semampunya.
9. Jadilah wanita yang mulia dan jauhilah sifat kikir kerana Allah mencintai orang-orang yang mulia dan pemurah hati serta membenci orang-orang yang bakhil.
10. Bacalah selalu Al-Qur’an dan jadikanlah ia sebagai tempat kembali bagi diri mu.
11. Jagalah hati mu dari pelbagai macam syahwat dan syubhat.
12. Perhatikanlah anak-anak mu dengan menanamkan kebiasaan pada diri mereka untuk bersifat jujur, baik dalam perkataan mahu pun perbuatan, mengajar mereka adab dan akhlak yang baik.
13. Jauhilah ghibah dan mengadu domba serta memburukkan kehormatan sesame wanita Muslimah.
14. Janganlah engkau mencela orang lain dan buatlah persangkaan bahawa wanita Muslimah selain diri mu lebih utama dari mu di sisi Allah.
15. Jadilah wanita yang zuhud di dunia dan menyenangi kehidupan akhirat.
16. Janganlah menjadi wanita yang suka mengeluh dan marah-marah tatkala mendapat cubaan. Jadilah wanita yang sabar dan pasrah serta mencari pahala dari Allah.
17. Jadilah wanita yang dapat dipercayai dan memegang amanah.
18. Janganlah engkau memandang orang yang lebih unggul dari diri mu dalam keduniaan, tetapi pandanglah orang yang lebih rendah dari diri mu dalam hal ini, agar engkau tidak menganggap sedikit nikmat Allah yang dikurniakan kepada mu.
19. Bersiap-siaplah menghadapi mati, sebelum ia benar-benar mendatangi mu dan memohonlah ampunan serta rahmat Allah.
20. Gembirakanlah wanita-wanita Muslimah dengan sesuatu yang kamu senangi, dan buatlah mereka membenci sesuatu yang juga engkau benci.
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita
No comments:
Post a Comment