Monday 5 September 2011

Peringatan Buat Insan >40

Dalam kitab "Raudhatul-Mustaq ilal Malakil Khallaq" karangan Hafiz Ibnu al-Jauzy diterangkan: Setiap matahari terbit dan terbenam, pasti ada malaikat yang berseru:

"Wahai orang yang berumur 40 tahun. Inilah saat menyediakan bekal, kerana saat ini fikiranmu masih cerah, badan mu masih kuat. Dan wahai orang yang berumur 60 tahun, telah dekat masa ajal dan menuaimu, tetapi kamu lalai memberikan jawapan padahal tidak seorang pun yang memberikan pertolongan kepada mu. Bukankah aku telah memperbanyak peringatan-peringatan untuk dapat mengingatkan dirimu dan bukankah telah datang kepada mu pemberi peringatan itu?"

Wednesday 24 August 2011

Open Your Eyes

By: Maher Zain
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..



Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Maher zain - Salam Aalayka


Tuesday 23 August 2011

Tanah Haram Makkah

Tanah Haram Makkah mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Beberapa hukum yang dikhususkan kepada Makkah secara ringkas, antaranya:

1. Tidak boleh memasuki Makkah bagi mereka yang ingin melakukan haji atau umrah kecuali dengan berihram.
2. Tidak boleh menebang / memotong tumbuh-tumbuhan
3. Tidak boleh membunuh binatang perburuan
4. Orang kafir tidak dibenarkan memasuki Tanah Haram
5. 100,000 pahala untuk mereka yang bersolat di Makkah
6. Boleh solat pada bila-bila masa di Makkah
7. Hukum melintasi orang yang sedang bersolat di Masjidilharm - haram...dibolehkan sekiranya seseorang itu meletakkan sesuatu dihadapannya sebagai sekatan (sutrah) sempadan tempat solatnya.
8. Tahiyyah (penghormatan) Kaabah ialah Tawaf
9. Tidak menghadap atau membelakangi arah kiblat sewaktu membuang air.
10. Jika bernazar untuk solat di Baitul Maqdis, memadai dengan solat di Masjidilharam



Beberapa hukum lagi tentang haram Makkah...
1. Tidak boleh mengeluarkan tanah dan batu Tanah Haram daripadanya (menurut Mazhab Syafi'i dan Hambali)
2. Makruh memasukkan tanah atau batu daripada luar ke Tanah Haram
3. Tempat sembelih haiwan hadyu, dam atau fidyah hanya di Tanah Haram
4. Tidak boleh mengambil barang-barang yang tercicir untuk dimiliki
5. Ahli (penduduk) Makkah tidak dikenakan dam haji Qiran atau Tamattu'
6. Ahli (penduduk) Makkah mesti berniat ihram haji di Makkah, tidak boleh keluar daripadanya
7. Sunat mandi untuk memasuki kota Makkah, demikian juga untuk memasuki Madinah
8. Berniat untuk melakukan ilhad (kejahatan) di Makkah sudah dikira salah




Sumber:
Abd. Basit Abd. Rahman (2008), MAKKAH al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah. Puchong: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Tahukah Anda: Makkah dan Madinah tidak dimasuki dajjal

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah bersabda: "Semua negeri akan dimasuki oleh dajjal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para Malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak 3 kali dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik daripadanya.


Rujukan:
Abd. Basit Abd. Rahman (2008), MAKKAH al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah. Puchong: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Monday 22 August 2011

Tazkirah Malam-Malam Akhir Ramadhan


Kelebihan Mati di Madinah

Jika saya tidak silap, seorang sahabat FB saya yang juga Alim Ulama dan bekas Mufti sebuah negeri di selatan tanah air telah meninggal dunia tahun lepas. Salah satu wasiat beliau ialah menginginkan jasadnya disemadikan di Tanah Suci.

Pada ketika itu, saya tidak faham mengapa. Hanya sekadar beranggapan dan berkata kepada diri saya 'Mungkin ada sesuatu yang baiklah agaknya'. Inilah sebabnya setiap umat Islam dituntut mencari ilmu sebanyak mungkin.

Saya membaca dan terus membaca buku-buku dan akhirnya saya mendapat jawapannya di dalam buku - Abdul Basit Abd Rahman (2010). Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah. Sg. Buloh: Telaga Biru Sdn. Bhd. seperti berikut:

Dari Abdullah Ibn Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah." 


Rujukan:
Abdul Basit Abd Rahman (2010). Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah. Sg. Buloh: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Waktu Larangan Solat

Terdapat 5 waktu yang dilarang daripada melakukan solat:

1. Selepas solat Subuh hingga naik matahari
2. Ketika naik matahari hingga meninggi sekadar segalah
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit hingga tergelincir (masuk waktu zohor)
4. Selepas solat Asar hingga terbenam matahari
5. Ketika matahari hampir terbenam hingga terbenam sepenuhnya.

Imam al-Syafi'i dan Ahmad r.hm. berpendapat, boleh melakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa di Mekah. Tidak ada waktu yang dilarang, berbeza dengan Tanah Haram Madinah dan tempat lain terdapat waktu yang dilarang.


Oleh yang demikian, gunakan waktu-waktu larangan daripada bersolat dengan amalan lain seperti bartaubat, baca Al-Quran, berzikir, membaca buku-buku agama dan sebagainya.


Rujukan:
Abdul Basit Abd Rahman (2010). Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah. Sg. Buloh: Telaga Biru Sdn. Bhd.


Cahaya Hati - Opick


Sunday 21 August 2011

Ketulusan Hati

Ketulusan Hati - Anuar Zain
Lirik Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(korus)
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(ulang korus)

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo

(ulang korus)



Percubaan Mencuri dan Memindah Jasad Nabi SAW dan Sahabat Baginda

Tahukah anda:
Sebanyak 3 kali percubaan jahat untuk mencuri jasad Nabi SAW yang mulia.

Percubaan Pertama:
Berlaku pada tahun 557H (1164M). Sejarah telah merekodkan bahawa orang Kristian telah merancang untuk memindahkan mayat Rasulullah SAW daripada makamnya di Madinah.

2 lelaki kristian diupah dan menyamar sebagai orang Maghribi yang datang dari Andalusia Sepanyol. Mereka menyewa rumah tidak jauh dari Raudhah, berhampiran makam Rasulullah SAW. Berlagak alim dan beriman, sentiasa solat, melawat Masjid Nabawi, memberi makan fakir miskin dan menziarahi perkuburan Baqi'. Ramai terpedaya. Secara senyap mereka menggali terowong rahsia yang akan berakhir di dalam makam Rasulullah.

Rahsia mereka terbongkar apabila pemerintah Syria (Syam) iaitu Sultan Nuruddin Mahmud bermimpi bertemu Rasulullah dan seterusnya mengambil tindakan segera. Walaupun sukar tetapi berjaya menangkap manusia durjana ini.

Percubaan Kedua:
Menurut al-Samhudi di dalam bukunya, terdapat segolongan zindik yang telah menasihati Sultan al-'Ubaidi dari Mesir untuk memindahkan jasad Rasulullah SAW dan dua orang sahabatnya, Sayidina Abu Bakar r.a. dan Sayidina Umar al-Khattab r.a. ke Mesir supaya orang ramai akan datang melawat makam mereka di sana. 

Rahsia ini terbongkar dan penduduk Madinah cuba membunuh manusia-manusia durjana yang dihantar untuk mencuri jasad baginda yang suci.

Percubaan Ketiga:
Menurut cerita seorang pengawal Masjid Nabawi yang bernama Shamsuddin Sowab al-Lamati, beberapa orang dari Syria telah datang ke Madinah dan berjumpa dengan Gabenor Madinah pada masa itu. Sejumlah wang yang banyak ditawarkan agar dapat membuka makam dan menggali mayat Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan Umar al-Khattab r.a. untuk dibakar. 

Tawaran diterima oleh pihak gabenor kerana pada waktu itu golongan Syiah mempunyai kuasa di kawasan Hijaz. Usaha ini gagal dengan kuasa Allah apabila mereka (40 orang) yang ingin menggali terbenam di dalam bumi.

Rujukan:
Abdul Basit Abd Rahman (2010). Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah. Sg. Buloh: Telaga Biru Sdn. Bhd.



1 Kali Solat di Masjidilharam = 100,000 kali Solat di Masjid Lain

Fakta:

1 kali solat di Masjidilharam = 100,000 kali solat di masjid lain
1 kali solat di Masjid Nabawi Madinah = 1,000 kali solat di masjid lain
1 kali solat di Baitul Maqdis = 500 kali solat di masjid lain

Sekali solat di Masjidilharam Mekah, pahalanya ialah sama dengan solat di tempat lain (selain Masjid Nabawi Madinah dan Baitul Maqdis) selama 55 Tahun, 6 bulan dan 22 hari.

Solat sehari semalam (5 waktu) pahalanya sama dengan solat selama 277 tahun, 9 bulan dan 10 hari.

Hadis:
Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1,000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).

Disebut dalam riwayat lain: "Solat di Baitul Maqdis pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain".



Rujukan:
Abd. Basit Abd. Rahman (2008), MAKKAH al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah. Puchong: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Friday 19 August 2011

Kisah Ramadhan

Sedutan Kuliah Subuh 20.08.2011

Fasa ke-3 Ramadhan adalah masa yang paling penting di dalam bulan Ramadhan. Di dalam tempoh masa ini, Rasulullah beriktikaf di dalam masjid dan tidak keluar sehingga hari raya.

Pada bulan Ramadhan, Malaikat Jibril turun ke bumi untuk bertadarrus Al-Qur'an dengan Nabi SAW. Jibril mengajar Nabi SAW tentang susunan dan aturan Al-Qur'an. Walaupun Iqra' adalah ayat pertama yang diajar, ianya tidak menjadi surah pertama. Jibril mengajar Nabi supaya Al-Fatihah menjadi surah yang pertama.

Rasulullah adalah sangat pemurah pada bulan Ramadhan. Baginda banyak memberi infaq.

Pada malam Lailatulqadar, semua malaikat dilangit turun ke dunia. Ketika ini 7 lapisan langit bergegar. Ianya bergegar kerana setiap jengkal lapisan langit terdapat Malaikat yang sentiasa rukuk, sujud dan lain-lain; sentiasa beribadah kepada Allah SWT. Semuanya turun ke dunia untuk beribadah bersama umat Islam.

Kembara.

KEJAYAAN SEBENAR

Pagi ini Imam Tahfiz kami membuat kenyataan ini:

"KEJAYAAN SEBENAR IALAH SELAMAT DARI API NERAKA DAN MASUK KE DALAM SYURGA ALLAH SWT"


Beliau menerangkan bagaimana seorang sahabat Nabi SAW berteriak kegembiraan apabila tombak musuh menembusi dadanya semasa perang dengan orang kafir...."Aku berjaya!"... Sahabat ini berjaya menjadi syahid.

Wallahu 'Alam

Kembara

Kaedah Mengira Malam Ganjil pada Fasa ke 3 Ramadhan

Kuliah subuh pagi ini menjelaskan lebih lanjut bagaimana mengira hari ganjil di dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Saya yang kurang ilmu ini rasa sungguh gembira kerana mendapat ilmu baharu. Teringin sangat berkongsi dengan rakan-rakan. Ini adalah disebabkan sangkaan saya selama ini jauh meleset. 

Bagi saya dan ramai lagi di kalangan rakan-rakan, jika ingin mengira malam ganjil seperti malam 21, 23 dan seterusnya, kiralah malam pertama solat tarawikh hinggalah malam ke-21. Maka, malam ke 21 ialah malam ganjil pertama. Ternyata ini tidak sama dengan apa yang diterangkan kepada saya oleh imam tahfiz yang memberi kuliah kepada kami pagi ini.

Sekiranya kita ingin menentukan malam-malam ganjil pada fasa ke-3 Ramadhan, kiralah dari belakang. Maka, malam ganjil bergantung kepada bilangan hari Ramadhan tahun berkenaan. Jika Ramadhan tahun tertentu ialah 30, maka, hari ganjil dikira ke hadapan iaitu malam ganjil 1 (hari 30), malam ganjil 3 (hari 28)...dan seterusnya. Sebaliknya, jika bulan Ramadhan tahun tersebut adalah 29 hari, maka, malam ganjil adalah malam ganjil 1 (hari 29), malam ganjil 3 (hari 27)...dan seterusnya. Hasilnya ialah malam ganjil berbeza jika jumlah hari bulan Ramadhan berbeza.

Kesimpulannya, Imam Tahfiz menyatakan bahawa "sebab itu Rasulullah menyuruh kita beribadat di dalam 10 malam terakhir" dan bukannya hanya fokus kepada malam ganjil yang dikira dari hadapan. Ini disebabkan kesukaran menentukan bilangan hari Ramadhan kerana bilangan hari hanya diketahui apabila anak bulan dicerap dan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja.

Inilah kali pertama saya mendengar cara pengiraan begini. Satu perspektif baru bagi saya. Namun, saya berpendapat penjelasan agar mencari malam Lailatulqadar di dalam 10 malam terakhir adalah lebih baik dan kukuh. 

Wallahu 'Alam

Kembara.


Thursday 18 August 2011

Sengsara dan Bencana Yang Menimpa Saudara Islam di Somalia

Jemaah Masjid kami dikunjungi oleh Global Peace Mission dan seorang rakyat Somalia yang sedang menuntut ijazah PhD di UM. Mereka memberi penerangan berhubung perkembangan nasib saudara Islam yang sedang mengharungi kepayahan dan keperitan hidup di Somalia. 

Somalia sedang berdepan dengan krisis kebuluran dan kemarau yang hebat dan meruncing sejak 60 tahun yang lalu. Penduduk-penduduk harus berjalan selama 20 hingga 30 hari untuk sampai ke kem pelarian bagi mendapatkan makanan. Malahan, apabila tiba di kem, mereka harus menunggu giliran selama 3 hari untuk mendapatkan makanan.



Kami diingatkan bahawa sebagai umat Islam, kita harus membantu saudara-saudara Islam yang sedang menghadapi ujian Allah ini dan tindakan mengambil berat melalui memberikan bantuan adalah suatu bentuk jihad. Bahkan, memberi bantuan kepada yang memerlukan ini adalah salah satu dari amalan yang menyebabkan kita mendapat pengampunan dari Allah SWT.

Terdapat suara alim ulama yang menyatakan bahawa zakat-zakat yang dikutip harus disalurkan ke Somalia.

Saudara Hassan (wakil rakyat Somalia) menerangkan bahawa berlaku kekurangan makanan yang sangat serius. Wanita dan kanak-kanak sedang kebuluruan dan bantuan akan dapat 'feed the dying woman and children'.


Wallah hu Alam

Kembara

Opick - Taubat

Artist : Opick, Lirik Lagu : Opick - Taubat


wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...




Amalan di dalam Mengejar Lailatulqadar - Bhgn 2

19.08.2011

Solat subuh pagi ini agak panjang kira-kira lebih dari 20 minit untuk 2 rakaat. Setiap pagi jumaat, kami melakukan sujud sajadah. Imam membacakan surah yang panjang...di pertengahan beliau berhenti dan terus sujud seketika dan bangun semula untuk menyambung bacaan surah yang juga panjang. Kemudian baru lah rukuk sujud duduk antara dua sujud dan bangun semula untuk rakaat kedua. Hati, perasaan dan pemikiran sangat tenang.

Kuliah subuh pagi ini berbicara tentang amalan iktikaf di dalam usaha mencari Lailatulqadar. Adalah lebih afdhal bagi orang lelaki untuk beriktikaf di tempat-tempat berikut (mengikut turutan afdhal):

(1) Masjidil haram
(2) Masjid Nabawi, Madinah
(3) Masjid Aqsa
(4) Masjid Jamek Bandar
(5) Masjid Kampung

Keutamaan adalah bagi masjid-masjid yang ada sembahyang jemaah 5 waktu dan sembahyang jumaat.

Manakala, bagi perempuan, tempat iktikaf ialah tempat beribadat di rumah. Sekiranya tiada, maka, hendaklah dikhususkan di suatu tempat di rumahnya. Bagi perempuan, iktikaf mereka adalah lebih mudah kerana di sekeliling mereka akan ada ahli keluarga yang dapat membatu jika diperlukan.

Amalan beriktikaf adalah sunat muakaddah. Sekiranya semasa iktikaf anda tertidur, ianya dikira sebagai suatu ibadah. Dikatakan juga, tidak ada amalan yang lebih baik selain dari iktikaf.

Dari Aisyah r.a., apabila tiba 10 hari terakhir, baginda Rasulullah SAW mengikat ketat-ketat kain baginda...Ulama berpendapat maksudnya ialah (i) kuat beribadah, (ii) menjauhkan diri dari menggauli isteri-isteri baginda hanya untuk beribadah.


Kembara

Amalan di dalam Mengejar Lailatulqadar - Bhgn 1

18.08.2011

Kuliah subuh hari ini ringkas dan padat. Penuh makna bagi saya yang serba kekurangan ilmu ketuhanan ini.

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan di dalam mencari Lailatulqadar. Baginda bersabda berdoalah...Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, ampunilah aku. Dengan kemurahan dan belas kasihan, ampunilah aku.

Ulama-ulama bertanya, sekiranya Allah mengampuni mu, apakah lagi yang engkau mahu? Malam Lailatulqadar adalah malam yang lebih baik dari sebarang malam. Oleh itu sibukkanlah diri dengan berdoa kepada Allah SWT, beribadah dan membaca Al-Qur'an.

Umat Islam dianjurkan untuk beriktikaf. Kita dinasihatkan untuk berniat iktikaf setiap kali memasuki masjid. Amalan iktikaf adalah usaha yang banyak memberi pahala.

Apakah itu iktikaf? Semasa iktikaf, kita menjalinkan hubungan dengan Allah SWT. Kita menyisihkan diri dari segala sesuatu semata-mata untuk Allah SWT. Kemesraan kita dengan Allah SWT akan dapat mengelakkan kubur yang mengerikan. Semasa iktikaf, kita melakukan penyerahan diri kepada Allah SWT, di mana kita sibuk beribadah di dalam pelbagai bentuk seperti zikir, sembahyang sunat, membaca Al-Qur'an dan lain-lain...di dalam masjid.


Kembara




Wednesday 17 August 2011

Doa Taubat (Iktiraf) - Raihan


Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku

Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu



Rejim Zionis Merampas Tanah Wakaf Islam Palestin. Patutkah Kita Berdiam Diri?

Ramai yang tidak tahu atau tidak pernah dengar bahawa Saidina Umar r.a.  pada suatu masa dahulu pernah berkata bahawa tanah Palestin adalah tanah wakaf bagi seluruh umat Islam. Tanah berkah ini mesti dipertahankan oleh seluruh umat Islam kerana terdapat sebab khusus yang menuntut tindakan ini.

Jemaah Masjid kami telah dikunjungi oleh sebuah NGO Malaysia yang berjuang di dalam isu-isu bersabit dengan Palestin. Dr Tengku Shahrom dari Aqsa Syarif telah memberi taklimat ringkas berhubung projek terkini oleh organisasi beliau bagi membantu penduduk Palestin. 

Dr Tengku membacakan Surah Al-Isra Ayat 1 yang berbunyi "Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya* agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." [Nota: *Masjidil Aqsa dan daerah sekitarnya dapat berkah dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikut kesuburan tanahnya].

Di sinilah berlakunya peristiwa Isra' Mikraj dan Al-Aqsa telah disebut di dalam banyak surah Al-Qur'an. Bahkan, menurut Dr Tengku kedudukan Baitul Maqdis adalah sangat strategik sehinggakan puak Yahudi yang ditunjangi Rejim Zionis begitu kepingin untuk melenyapkan tapak penting bagi umat Islam itu: (i) Qiblat pertama umat Islam, (ii) Negeri di mana berlaku Isra' Mikraj, (iii) Kota besar Islam ke-3. Seperti yang dinyatakan di atas, Saidina Umar r.a. telah mengumumkan bahawasanya tanah ini adalah tanah wakaf milik mutlak umat Islam. Kita sepatutnya tidak redha dengan tindakan musuh Allah untuk melenyapkan tanda-tanda Islam di sana.

Peta di bawah menceritakan tindakan kotor dan keji Rejim Zionis. Di dalam peta pertama (1 - Paling kiri), kawasan putih iaitu tanah milik Yahudi hanyalah 5%. Mereka telah melaksanakan rancangan pengambil alihan secara terancang melalui tindakan membeli dan melobi, dan akhirnya mereka memperolehi 56% dari tanah Palestin seperti di dalam Peta ke 2 di bawah (hanya 44% milik orang Islam).



Pada 15 Mei 1948, Rejim Zionis dengan biadap telah mengisytiharkan kemerdekaan negara mereka. Peta ke 3 menunjukkan tanah mereka hasil dari pelbagai cara termasuk rampasan. Pada ketika ini, hanya 10% sahaja tanah Palestin adalah milik orang Islam seperti mana ditunjukkan di dalam Peta 4 di atas.

Setiap orang Islam mestilah mempunyai perasaan dan keinginan untuk turut membantu di dalam pelbagai cara bagi mengembalikan semula hak milik orang Islam ini.  Rejim Zionis telah melakukan pelbagai kekejaman kepada saudara Islam kita di sana seperti memusnahkan bangunan dan tempat tinggal, pembunuhan bayi yang tidak berdosa, menghancurkan kepala kanak-kanak, penangkapan pemuda-pemuda dan bapa-bapa, membunuh dan mengambil organ dalaman penduduk Palestin, pembunuhan individu tertentu yang dilakukan secara terancang. Sebenarnya, mereka ingin memusnahkan Masjidil Aqsa dan ingin menggantikannya dengan Haikal Sulaiman. 


NGO ini telah dan akan melakukan pelbagai projek bagi membantu rakyat Palestin untuk meneruskan kehidupan mereka. Antara projek mereka ialah pembinaan rumah anak yatim, memberi wang sumbangan kepada anak-anak yang bapanya dipenjarakan oleh Rejim Zionis, projek membela lembu susu, projek ikan air tawar, projek kilang roti dan lain-lain. Sila rujuk website mereka http://www.aqsasyarif.org.my/  

Serendah-rendah pertolongan kita ialah melalui berdoa agar mereka berjaya di dalam usaha melawan Rejim Zionis. Adalah dianjurkan agar setiap orang Islam dapat membantu dalam bentuk wang ringgit yang boleh dimasukkan ke akaun Maybank NGO ini seperti berikut:

AQSA SYARIF BERHAD
Maybank 551575004299

Encik Munawer CEO
019-4815584
03-87334636

**Sekiranya tidak berkemampuan, masukkanlah sedaya mungkin seperti RM5 atau sebarang nilai (masuk ATM atau online, tak ada orang nampak).
***Mereka akan berlepas ke Palestin sebelum 20 hb Ogos dan berada di sana dari 20-28 Ogos 2011.

Wakil pejuang Palestin pernah datang ke Malaysia dan berkata mereka akan menuntut di depan Allah SWT di Akhirat kelak tentang 'apakah yang dilakukan oleh saudara Islam (termasuk Malaysia) di dalam memperjuangkan tanah wakaf milik Islam ini'. Bayangkan lebih dari 100,000 syuhada ini akan bertanya kepada Allah SWT kelak. Di manakah kedudukan kita? Adakah kita terlepas dari tanggungjawab ini?

Wallah hu Alam.




Tuesday 16 August 2011

Mencari Lailatulqadar

Kuliah subuh hari ini agak pendek dan sekejap sahaja. Saya mengharapkan kuliah yang lama untuk mengutip idea-idea dan ilmu Allah. Hari cuti umum bagi negeri Selangor, alangkah baik jika dapat duduk di masjid mempelajari sesuatu yang bermanafaat dalam tempoh yang lebih lama. Namun, pasti ada hikmahnya.

Ustaz membacakan hadis bersabit dengan Lailatulqadar. Malam yang ingin ditemui oleh berjuta umat Islam seluruh dunia ini bakal berlaku di malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ianya mungkin salah satu dari malam 21, 23, 25, 27 atau 29. Dikhabarkan bahawa barangsiapa yang bangun beribadat dengan niat mendapat ganjaran dari Allah SWT bakal dihapuskan semua dosa-dosanya yang telah lalu. 

Tanda-tanda malam Lailatulqadar ialah langit yang terang, bersih dan tenang lagi sunyi. Suhunya tidaklah terlalu panas mahu pun sejuk atau dengan kata lain suhu sederhana. Keesokannya, matahari terbit tanpa cahaya yang kuat dan terbit dengan bulatan rata seperti bulan purnama. 

Wallah hu Alam.

Sedekah Jariah Mengelakkan Muflis Di Akhirat

Sekali lagi saya kagum dengan masyarakat setempat. Pengumuman Pengerusi Masjid tentang kutipan derma menyapa lubuk hati saya tentang usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik oleh insan-insan yang berserah diri kepada Allah SWT. Malam ini kami diberitahu kutipan untuk sebuah rumah anak-anak yatim di Bukit Beruntung menjana RM2,900 dan derma ibu-ibu tunggal adalah RM3,300. 

Fuhh..sungguh murah hati mereka yang tidak henti-henti memberikan sumbangan hampir setiap hari sejak dari 1 Ramadhan. Bahkan, inilah acara tahunan penduduk setempat di sini. Esok, lusa dan hari-hari berikutnya telah diaturkan kunjungan dari pelbagai pihak dalam dan luar negara  seperti NGO dan individu dari Gaza, Palestin.

Siapalah saya sebagai seorang pendidik cabuk hendak menderma dengan banyaknya setiap hari jika nak dibanding dengan jumlah kutipan terkumpul sehingga hari ini...Sebenarnya, ayat saya ini adalah satu kesilapan besar yang sering dilakukan di kalangan masyarakat yang tidak bernasib baik yang tidak memiliki wang melimpah ruah. Dahulu kala, saya juga berperasaan liat @ susah untuk mengeluarkan harta untuk membantu mereka yang susah kerana berapa lah gaji yang diterima...nak bayar hutang pun pening kepala. Namun, kita harus ingat akan janji Allah yang tidak akan mengurangkan harta kita jika bersedekah. Kita tidak akan miskin jika bersedekah. Penceramah-penceramah di Masjid Bukit Jelutong selalu berkata mereka tidak pernah dengar orang jatuh muflis (atau miskin) akibat dari bersedekah. Malahan, ramai yang bertambah kaya.

Nabi SAW telah bersabda di dalam banyak hadis-hadis yang diriwayatkan bahawa sedekah/infaq boleh jadi di dalam pelbagai bentuk dan skala (jumlah). Jika kita tidak memiliki wang yang banyak atau sedikit, cukuplah bersedekah dengan membelah kurma dan separuh darinya disedekahkan kepada orang lain. Jika tidak memiliki kurma, bersedekahlah dengan tenaga melalui menolong orang lain seperti membantu mengangkat barang, membantu orang buta atau orang tua melintas jalan. Ataupun, bersedekah ilmu dengan cara mengajar orang lain walau pun dengan sepatah perkataan. Ini mungkin cara yang sesuai bagi para pelajar yang masih belum mampu menjana pendapatan sendiri. Saya tertarik dengan laporan akhbar baru-baru ini, di mana, seorang hamba Allah di Bandaraya Melaka telah mencetak ayat-ayat nasihat dan mengedarkannya di rumah-rumah dan premis-premis sekitar kawasan kediamannya. Ini juga satu idea kreatif untuk bersedekah. Juga, saya berpendapat adalah tidak mustahil untuk kita bersedekah sebanyak 50 sen ke dalam 'tong' kutipan masjid atau di mana-mana tempat yang membuat kutipan. Jika tidak mampu juga, masukkanlah 10 sen secara berkala. 365 hari x 10 sen = RM36.50...banyak juga tu. Atau, 10 sen seminggu pun jadilah.

Kita harus ingat bahawa di akhirat kelak ramai orang akan muflis apabila dihisab. Amalnya tak cukup...sedekahnya pun sedikit... anak pun tidak mendoakannya... Adakah anda yakin anak anda akan mendoakan anda apabila tubuh menjadi jenazah? Zaman moden yang melalaikan kini penuh dengan pelbagai jenis hiburan seperti nyanyian, berdansa, lawak jenaka, cerita-cerita/drama/box office movie dan sebagainya. Ini akan menghanyutkan mereka di arus zaman. Anda sendiri... berapa kerap anda berdoa untuk ibu bapa anda? Penceramah di tempat saya pernah berkata sebaik sahaja kita meninggal dunia, anak-anak mula menghitung duit yang ditinggalkan di bank dan lain-lain harta. Paling tidak di dalam pemikiran dan benak hati mereka. Kesian jenazah. 

Salah satu cara untuk mengelak dari muflis di akhirat kelak ialah melalui amalan bersedekah. Selalulah bersedekah di dalam pelbagai bentuk jenis sedekah. Ramai di kalangan kita hanya takut muflis di dunia dan telah lalai atau lupa tentang muflis di akhirat. Ingatan ini adalah untuk saya dan semua yang bersedia untuk membuka minda. Fikir-fikirkanlah....

Wallah hu Alam.

 

Monday 15 August 2011

Waktu Pagi Yang Berkat

Sesungguhnya waktu pagi adalah masa yang berkat, di mana, kita mampu melakukan banyak tugasan dengan sempurna, menyelesaikan masalah yang berat dan sebagainya. Juga, di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah dari Nabi S.A.W., maksudnya:

“Apabila salah seorang dari kamu tidur, syaitan mengikat tiga simpulan di atas ubun-ubun kepala kamu, ia memukul setiap simpulan sambil berkata: Malam kamu masih panjang, berbaringlah… Apabila sedar lalu ia mengingati Allah, maka terurailah satu simpulan; apabila ia berwudhuk, maka terurailah simpulan kedua; apabila ia sembahyang, maka terurailah simpulan ke tiga. Maka ia akan memulakan pagi dengan cergas dan jiwa yang baik; jika tidak, jiwanya tercemar dan malas.”

Infaq 2

Solat Terawikh malam semalam adalah sama seperti biasa. Cuma, saya tertarik dengan budaya orang-orang di sini. Bukan mereka nak menunjuk-nunjuk. Bahkan, tak tahu pun siapa yang menderma. Kutipan derma malam sebelum (14/8/11) bagi meringankan beban saudara Islam di Kemboja adalah melebihi RM20,000 seperti mana yang diumumkan oleh Pengerusi Masjid. Bukan itu sahaja, derma untuk tujuan cetakan Al-Quran melebihi RM2,000 dan Muqaddam, saya tidak ingat. Apa yang menyentuh perasaan jemaah masjid ialah penduduk Islam di Kemboja tidak memiliki Al-Qur'an yang mencukupi. Hanya Ustaz yang mengajar sahaja memiliki Al-Qur'an. Pelajar-pelajar tidak mempunyai Al-Qur'an.

Matlamat utama kutipan derma adalah bagi  'Skim Saham Wakaf Ladang Getah di Kemboja'. Ianya dilakukan bagi membantu mereka menjana ekonomi bagi masyarakat Muslim setempat dan kami difahamkan bahawa keadaan pembangunan dan prasarananya sangat daif. Penduduk Islam Kemboja hanyalah 5% dari keseluruhan penduduknya. Guru-guru agama mereka pula tidak mendapat sebarang imbuhan atau gaji. Mereka bekerja secara percuma untuk agama Allah. 




Pada tahun lepas, Pengerusi Masjid dan rombongannya telah mengunjungi tanah yang dibeli hasil kutipan derma yang lalu. Memang terbukti mereka bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib umat Islam di sana. Semoga mereka berjaya memperjuangkan nasib saudara Islam kita di sana, walaupun tanpa bantuan kerajaan Kemboja.

Seperti yang telah kita tahu, hanya 3 perkara yang akan mengiringi kita ke alam barzakh dan pertemuan kita dengan Allah SWT di akhirat kelak. Satu darinya adalah sedekah jariah. Kita harus bersiap sedia dari sekarang untuk tujuan ini. Jika tidak, bila lagi? Adakah kita tahu bilakah kita akan dijemput oleh malaikat pencabut nyawa untuk pergi berjumpa Tuhan Pencipta? Sudah tentu tidak. Mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin esok atau mungkin sebentar lagi. Pelbagai cara boleh dijadikan sebab untuk kita dijemput pergi seperti kemalangan jalanraya, jatuh longkang, semput atau sesak nafas. Wallah hu Alam. Ingatan ini adalah untuk diri saya dan semua yang berminat membaca.

Jika berminat untuk menambah saham akhirat, bolehlah berhubung terus dengan pihak-pihak berkenaan seperti di dalam brochure di atas.



Sunday 14 August 2011

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Tazkirah Ramadhan Oleh Ustaz Zambri, IKIM
Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam

Puasa dilakukan bukan sahaja oleh manusia, bahkan, ianya dilaksanakan oleh semua anggota alam. Sebagai contohnya, sudah menjadi tabiat beruang bertindak ganas apabila terancam atau di dalam situasi tertentu. Disebabkan perlakuan sebegini, dirinya sering terluka. Untuk memulihkan dirinya, beruang akan berpuasa dan berlaku kekurangan zat besi atau tiada zat besi diambil, dan ini menyebabkan luka-lukanya pulih. Begitu juga bagi kes ayam yang sedang mengeram yang tidak makan sehinggalah selesai mengeram telur-telurnya. Bagi tanaman pula, tiada makanan diambil ketika putik keluar sehingga proses tersebut selesai. Puasa adalah proses  kembali kepada fitrah iaitu 'recharge' diri.

KPI (Key Peformance Indicator) untuk puasa boleh dirujuk di dalam  Ayat 183 Surah Al-Baqarah. Puasa di bulan Ramadhan adalah mendidik kita supaya bertakwa kepada Allah SWT bagi tempoh 12 bulan akan datang. Maksud TAKWA ialah (i) Memelihara, (ii) Mencegah, (iii) Menjaga. Apakah maksud takwa kepada Saidina Ali? Beliau berpendapat takwa adalah rasa takut kepada yang Maha Agung, beramal pada yang nuzul dan bersiap sedia bagi menghadapi saat masa dan hari kita diangkat pergi menemui Allah SWT.

Agenda puasa ialah untuk melahirkan rasa gerun kepada Allah SWT. Satu persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa ramai orang yang mungkar kalis dakwah? Jawapannya ialah tidak takut kepada Allah. Puasa bukanlah sebarangan ibadah. Ianya berkait dengan persoalan KEIMANAN. Puasa bukan sekadar menunggu lailatul kadar atau untuk menjaga kesihatan.

Banyak yang telah diperkatakan oleh Rasulullah tentang Ramadhan. Kita tidak dibenarkan bercakap benda-benda kotor, berbunuhan atau berperang antara satu dengan yang lain.

Keistimewaan Qiamullail di bulan Ramadhan ialah kita tidak perlu tidur dahulu berbanding di bulan-bulan yang lain. Ulama-ulama bertanya apa lagi yang kita inginkan di dalam hidup ini apabila Allah mengampunkan dosa kita? Bahkan, semua doa dimakbulkan oleh Allah. Tetapi, ianya ditangguh disebabkan oleh dosa-dosa kita yang tebal. Sekiranya kita tidak ada dosa, maka kita tidak akan dihisab di akhirat kelak. Orang yang puasa di siang hari, doanya akan dimakbulkan. Juga, hendaklah kita bersungguh-sungguh beribadat di pertengahan bulan Ramadhan kerana terlalu banyak faedah yang bakal diperolehi.

Terdapat satu kisah di Nawar, Palestin, di mana terdapat seorang kanak-kanak yang kurang cerdas berbanding kanak-kanak sebaya dengannya yang mampu menghafaz Qur'an ketika berusia 9 atau 10 tahun.  Beliau hafaz Al-Quran ketika akil baligh. Beliau sering membantu ayahnya menjaga kedai dan rajin membaca buku. Pada satu malam, kanak-kanak ini mengejutkan ayahnya kerana terlihat cahaya yang terang benderang di dalam rumah nya, dan ayahnya menyuruh beliau untuk terus tidur. Namun, ayahnya tidak tidur sepanjang malam hingga ke pagi. Walaupun ayahnya tidak berjumpa dengan lailatul qadar, beliau tetap beramal ibadat. Sebenarnya, budak itu telah ditunjukkan tanda-tanda Lailatulqadar. Budak itu ialah Imam Nawawi.

Imam Ghazali telah menemui Lailatulqadar sebanyak 40 kali sepanjang hayat beliau. Namun, janganlah kita asyik ingin melihat tanda-tanda Lailatulqadar. Tidak ada tanda khusus bagi Lailatulqadar. Cuma ada disebutkan bahawa tandanya ialah cuaca atau keadaan yang tenang dan suhu yang sedang-sedang sahaja. Gembelenglah segala usaha kita agar mendapat ganjaran yang setimpal.

Wallah hu Alam

INFAQ Harta

Ruang utama masjid dah penuh... tengok kiri dan kanan, fuhh... tak ada peluang nak masuk. Saya pun landing kat ruang tambahan tepi masjid. Selesai solat Isya' dan solat sunat, Pengerusi Masjid bingkas bangun untuk bercakap sepatah dua kata seperti biasa sejak hari pertama Tarawikh. Pak Cik ni dengan senyum simpul memulakan kata bicara. Beliau mengumumkan acara kutipan derma untuk Rakyat Palestin yang dilakukan semalam telah berjaya mengumpul lebih dari RM18,000 dan seutas gelang emas. Hati saya terdetik "Fuyyo...dalam masa 1 jam kutipan sahaja, berjaya kutip banyak tu.." Kalau nak kira, jumlah kutipan melebihi RM20,000 kerana gelang emas yang di'Infaq' sudah tentu bernilai lebih dari RM5,000 dan kalau dicampur dengan RM18,000 yang dikutip...sah sah jadi lebih dari RM23,000.

Solat Tarawikh diimamkan oleh Tahfiz warga Palestin yang berumur 21 tahun yang dibawa khas oleh sebuah NGO. Saya rasa begitu kecil bila terfikir 'dah 40 tahun umur aku ni...belum hafaz Qur'an walau satu juzuk pun...tapi orang muda ni hebat, baru umur 21 tahun telah hafaz Quran dan mengimamkan pak cik-pak cik dan atuk-atuk yang semakin usang di mamah usia...hehehe'. Sedap dan lancar bacaan dia. Di dalam tazkirah, wakil NGO yang membawa masuk Tahfiz ini bercerita dengan penuh semangat tentang Infaq dan keperluan kita sebagai Umat Islam untuk turut serta di dalam membantu rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka. Bahkan, Baitul Maqdis adalah kiblat pertama umat Islam sebelum ianya dialihkan ke Mekah. Infaq bererti membelanjakan harta kita di jalan Allah. Beliau berhujah bahawa setiap di kalangan kita perlu mempertahankan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh kaum Yahudi. Jangan sampai suatu masa nanti, batu dan pokok berteriak kepada kita untuk membunuh Yahudi yang kejam di sana. Dengan nada keras dan memeranjatkan saya apabila beliau menegaskan kita harus bertindak sekarang dengan mengeluarkan sedikit harta kita.

Apabila mati seseorang anak Adam hanya 3 perkara yang akan turut serta bersamanya untuk meneruskan perjalanan menemui Penciptanya...Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya. Tok Imam, seorang Hafiz Malaysia pula bercerita tentang Infaq Harta. Saya pun cuba hubungkait apa yang diperkatakan dengan perkara-perkara yang popular di dalam kepala saya sejak akhir-akhir ini (hahaha)...Isteri, suami, anak-anak, saudara mara, ISO, KPI, RU, SETARA, MyRA, SKT, e-SSM, Bonus 1/2 bulan, VC, TNC, Dekan semuanya tidak dapat menolong kita di dalam kubur kecuali 3 perkara di atas.Fuhhh... camne ni kalau esok hari terakhir hidup ini???

Rasulullah pernah menggadaikan baju besi milik beliau hanya untuk memberi makan kepada fakir miskin. Saidatina Aisyah r.a., isteri Rasulullah adalah seorang yang sangat pemurah. Di kala memberi sedekah, beliau bersungguh-sungguh hingga lupa tentang keperluan dirinya. Pernah satu ketika, beliau meminta pembantunya untuk memberikan semua wang miliknya kepada fakir. Di waktu petang, apabila menyediakan juadah, pembantunya menyatakan seharusnya Saidatina Aisyah r.a. menyimpan sedikit wangnya untuk membeli makanan untuk di masak.

Di dalam satu insiden lain, Saidatina Aisyah r.a. mensedekahkan seekor kambing kepada orang yang memerlukan dan mengambil sedikit pada bahagian kakinya untuk juadah isi rumahnya. Apabila Rasulullah ingin makan, Baginda bersabda kepada Saidatina Aisyah r.a. bahawa semua daging dan bahagian-bahagian kambing yang diagih-agihkan adalah milik Saidatina Aisyah r.a. kecuali yang diambil dan dimasak sahaja bukan milik beliau. Maksud Rasulullah ini ialah sedekah yang dikeluarkan itu adalah milik kekal Saidatina Aisyah r.a. yang bakal dibawa berjumpa dengan Allah SWT nanti. Juga, janganlah kita bakhil (atau kedekut atau orang kampung kata 'Tangkai Jering', 'Taik hidung Masin') kerana di akhirat kelak, harta-harta yang kita bakhilkan akan dikalungkan dileher pemiliknya.

Menurut Tok Imam, keberkatan bersedekah bakal dapat dilihat sejak di dunia lagi. InsyaAllah, pencuri atau perompak bila melalui kawasan rumah kita tidak akan merasa untuk mencuri atau merompak. Cuba fikirkan, tujuan Infaq atau Sedekah ialah untuk membela nasib fakir miskin dan berkongsi rezeki Allah. Melalui Infaq atau sedekah, ummah akan hidup di dalam suasana kasih sayang dan saling mengambil berat.

Wallah hu Alam.

Ujian dan Dugaan

Khatib Mohamad Maher, Khatib Masjid di Dasmascus, Syria
Kuliah Subuh Masjid Bukit Jelutong Shah Alam
Tajuk: Ujian dan Dugaan

Khatib mengendalikan kuliah subuh ini dengan menggunakan Bahasa Arab. Namun, khidmat seorang penterjemah digunakan kerana 99% yang hadir tidak berkebolehan berbahasa Arab (termasuklah saya ni =). Saya ada lah belajar bahasa ni 30 tahun yang lalu, dah berkarat otak ni, mana nak ingat…). Jadi pengendalian ceramah ni macam ayam dan itik lah. Kejap bahasa Arab, pas tu, brader Melayu yang jadi penterjemah pun bercakap bahasa Melayu.

Allah Maha Kaya dan apabila dikumpulkan kekayaan semua orang-orang kaya tidak akan dapat menandingi kekayaan Allah. Allah adalah pemerintah kepada sekalian alam. Allah adalah tuhan yang disembah dan tuhan yang ditaati. Mentaati Allah adalah suatu nikmat kepada kita.

Allah tidak memberikan ujian melainkan untuk menguji hamba-hambaNya dan selepas diuji, Allah akan memberi ganjaran kepada hamba yang diuji. Bahkan, setiap orang yang akan dikurniakan anugerah bakal diuji selayaknya. Terdapat banyak kisah-kisah dahulu berhubung ujian Allah kepada hambaNya. Di dalam Surah As Saffat ada mengandungi kisah ujian Allah. Nabi Ibrahim telah diberi pelbagai jenis ujian. Semasa kecil, Nabi Ibrahim telah dicampak ke dalam api. Kemudian, baginda diperintahkan menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail (peristiwa Korban).

Satu ujian penting yang membawa kepada impak besar kepada umat manusia ialah apabila Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isteri (Siti Hajar) dan anaknya (Nabi Ismail) di satu tempat yang tiada kehidupan, orang atau apa-apa sahaja. Mereka ditinggalkan di tanah kosong, daerah bergunung dan padang pasir. Maka, bergeraklah 3 beranak ini (Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya) dari Baitul Maqdis menuju ke Mekah. Apabila tiba di tempat yang dituju, mereka ditinggalkan tanpa seorang teman. Ketika Nabi Ibrahim ingin berangkat pulang, isterinya bertanya ‘di sisi siapakah engkau tinggalkan kami’. Nabi Ibrahim tidak berpaling. Kemudian, isterinya berkata lagi ‘Apakah Allah menyuruh engkau tinggalkan kami di sini?’ Seterusnya Saidatina Hajar berkata lagi ‘Sekiranya Allah yang menyuruh begini, nescaya engkau tidak akan kehilangan kami’. Setelah baginda tiba di tempat asalnya, dia pun berdoa ‘Telah aku tinggalkan isteri dan anak di satu tempat….’

Di tempat tersebutlah menjadi sejarah umat manusia. Di situlah terbit air zam-zam dan di tempat itulah menjadi perkampungan yang ada kehidupan seterusnya. Sejarahnya hingga ke hari ini, di mana, tempat ini dinamakan Makkah (bahasa Melayu Mekah). Di situlah didirikan rumah Allah iaitu Kaabah. Inilah anugerah Allah ke atas ujian besar yang diberikan kepada Nabi Ibrahim. Ujian sebegini tidak diberikan kepada nabi-nabi lain selain Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim digelar sebagi ayah kepada nabi-nabi. Allah telah memilih Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk membina Kaabah di Makkah. Juga, perhatikan bahawasanya setiap hari kita menyebut nama Nabi Ibrahim di dalam solat dan selawat. Semasa tahiyat akhir, kita ada berselawat kepada Nabi Ibrahim. Ini adalah janji Allah di mana Allah telah jadikan Nabi Ibrahim sebagai lidah yang benar kepada orang lain.

Begitu juga berhubung apa yang telah Allah tetapkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kemuliaan yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW tidak mampu kita gambarkan. Tidak ada nabi yang terima dugaan yang lebih berat dari Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad menerima dugaan dengan sabar dan tenang. Baginda tidak pernah merungut dan tidak kisah tentang apa jenis ujian yang diberikan kepadanya. Sekiranya kita ingin meletakkan kadar atau tahap kemuliaan kepada Nabi Muhammad SAW, sudah pasti kita tidak mampu melakukannya. Baginda adalah penghulu kepada segala manusia dan baginda adalah manusia yang paling mulia. Kemuliaan baginda akan dapat dilihat apabila semua makhluk dikumpulkan di padang Mahsyar untuk dihisab. Proses hisab tidak akan dimulakan sehingga Nabi Muhammad SAW memberi syafaat kepada orang yang baginda inginkan. Pada ketika itu, semua makhluk akan memuji Nabi Muhammad SAW.

Juga, di kalangan para ulama, Allah telah memberikan ujian yang berat. Antaranya ialah Imam Ahmad Hanbali iaitu seorang pelajar Imam Syafie. Imam Ahmad telah menerima fitnah muktazidah. Raja dan menteri-menteri di negeri tempat beliau tinggal telah menafikan Allah dan telah berkata bahawa Al-Quran bukanlah kata-kata Allah (bukan Kalam Allah). Ulama-ulama termasuk Imam Ahmad telah dipaksa untuk memperakui ajaran sesat ini. Mereka telah disiksa dengan hebatnya. Ramai ulama yang telah tewas dengan siksaan ini. Imam Ahmad telah terus di penjara. Pada satu malam, beliau telah bermimpi bahawa Rasulullah telah menyatakan beliau akan diuji dengan berat pada keesokannya. Lantas, beliau bangun dan mengenakan 2 lapis pakaian. Esoknya, Raja telah memanggil beliau dan berkata bahawa Al-Qur’an adalah makhluk Allah. Beliau tidak mengalah. Akibatnya, Imam Ahmad terus dipukul dengan pukulan yang sangat kuat sehinggalah selapis kain yang dipakainya jatuh. Beliau terus dipukul dengan kuat sehinggakan selapis lagi kainnya jatuh. Imam Ahmad pun berdoa supaya Allah membutakan mata  orang yang memukulnya itu.

Selepas beberapa tahun, akidah songsang ini telah lenyap dan keadaan kembali seperti asal. Satu hari, Imam Ahmad dan pelajar-pelajarnya bersiar-siar dan berjumpa seorang buta (iaitu orang yang memukulnya). Imam Ahmad bertanya kepada orang buta tersebut ‘mengapa engkau memukul aku dengan kuat sedangkan pegawai-pegawai lain adalah baik?’ Orang buta itu menjawab ‘Aku pukul agar iman kamu kukuh dan kamu tidak menukar pengakuan’. Imam Ahmad terus berdoa kepada Allah ‘sekiranya orang buta ini berkata benar, celikkanlah matanya’. Maka, orang itu pun dapat melihat kembali. Tuhan ujian hambanya untuk melihat . Kita harus bersabar dan tahan ujian dari Allah SWT.

Antara ujian Allah ialah menjaga penglihatan. Inilah ujian yang sukar pada zaman ini. Pandangan haruslah ditundukkan. Ini akan menyebabkan doa mustajab. Khatib menceritakan pengalaman melihat pelajar perempuan yang sangat cantik dan dengan pakaian yang menjolok mata. Pada ketika itu beliau ingat akan keperluan menjaga pandangan. Apabila sampai di rumah, beliau rasa gelisah, tidak tenteram dan teringat kepada perempuan tersebut. Beliau berdoa kepada Allah, sekiranya pandangan ini untuk Allah, maka Engkau anugerahkan sesuatu. Apabila beliau memasuki bilik, suasana dirasakan terang benderang, sangat tenteram dan hilanglah segala perasaan tadi.

Begitulah ujian yang bakal Allah berikan kepada setiap insan. Manusia akan diuji dan ketika kita diuji, haruslah sentiasa ingat bahawa nabi-nabi dan ulama-ulama telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Mereka telah menanggung ujian yang lebih dahsyat dari apa yang kita tanggung. Kita kena sabar kepada ujian yang diberi kerana selepas ujian diberi, kita akan menerima anugerah Allah. Sekiranya kita mendapat kasih saying dari Allah, sesungguhnya kita orang yang beruntung.

Sebagai penutup, Firman Allah: sekiranya kamu berjuang kepada jalan Allah, Allah akan buka hidayah dan petunjuk kepada jalan-jalan kemenangan.


Soal Jawab.
(1)    Ujian adalah untuk setiap individu dan masyarakat. Bagaimanakah pergolakan di Timur Tengah.
Ujian bukanlah satu perkara yang boleh kita dikawal. Ujian yang kawal kita. Apa yang patut kita lakukan ialah memastikan segala tindakan selari dengan syariat yang telah Allah turunkan. Sekiranya mereka membuat perkara-perkara mungkar, kita tidak perlu ikut. Jagalah diri dalam had-had yang ditentukan. Jika ujian melibatkan kebinasaan semua orang, Allah akan bangkitkan kita dengan apa yang kita niatkan. Mainkan peranan setakat yang kita mampu lakukan. Sepanjang tempoh bala melanda, kita kena jaga syarak.

Ramai di kalangan kita menganggap ujian adalah bencana. Bahkan, kesenangan adalah satu ujian dan ini adalah ujian yang lebih berat. Ulama berkata, ujian dengan kesusahan – kami bersabar; ujian dengan kesenangan – kita akan gagal. Contoh: amalan riba sebagai sistem ekonomi di Malaysia, adakah kita redha? Ujian ini lebih besar sebab kita tidak terseksa atau tertindas.

Sebenarnya, ujian akan memberi hasil yang sangat besar. Kita akan dapat mengenali kelompok munafik ndan beriman. Ianya seumpama menguji emas tulin dengan tiruan. Emas diletakkan di atas api barulah kita dapat mengujinya. Jika kita tidak membakarnya, maka kita tidak tahu ketulinannya. Begitu juga mukmin, mereka akan diuji.

(2)    Perbezaan di antara cubaan dan balasan di atas keterlanjuran kita
Alangkah pelik urusan orang-orang mukmin. Apabila ditimpa bencana, mereka bersabar dan apabila ditimpa kesenangan, mereka bersyukur. Inilah orang mukmin. Kita harus bersabar di dalam kedua-dua situasi. Kedua-duanya baik kepada kita. Sama ada bala atau ujian. Melalui ujian, Allah akan angkat kita. Melalui bala, Allah akan ampun dosa kita.

Jika melakukan dosa besar, jika bala diturunkan di dunia, maka, dosa tidak akan dihitung lagi. Jika Allah hukum kita di dunia dan kita bertaubat, tidak ada lagi hukuman di akhirat.

Wallah hu Alam.

Thursday 11 August 2011

Tuntutan Untuk Bersabar di dalam Kehidupan

Sesungguhnya orang yang bersabar itu adalah mulia di sisi Allah S.W.T. dan sifat ini sangat-sangat dituntut dari setiap mukmin. Sifat sabar boleh diklasifikasikan kepada 2 perkara iaitu: 
(i) sabar menghadapi ketentuan seperti musibah, sakit dan sial, dan 
(ii) sabar menghadapi apa yang diperintahkan (Ibnu Qayyim, 2008). 

Sabar menghadapi apa yang diperintahkan merupakan kesabaran di dalam menjalankan perintah dan juga kesabaran di dalam meninggalkan larangan. Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran, Ayat 186, maksudnya:

“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada hartabenda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).”
Jelas kelihatan di dalam ayat di atas bahawa kesabaran di dalam melakukan tugas adalah sangat dituntut oleh Allah S.W.T. Di dalam konteks tadbir urus, fungsi nasihat-menasihati memerlukan sifat kesabaran dari setiap insan yang terlibat kerana banyak dugaan dan ujian di dalam dunia perniagaan dan bagi menegakkan kebenaran. Sifat sabar akan dengan sendirinya membantu di dalam menegakkan kebenaran. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 155-157, maksudnya:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan dengan merasai kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’.”
“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
Sesungguhnya orang yang sabar itu adalah mereka yang tidak patah semangat dan teguh hatinya untuk meneruskan sesuatu usaha walaupun mereka ditimpa oleh sesuatu musibah atau kesusahan. Bagi insan sebegini, mereka akan mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun” (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.) Perlu diingat di sini bahawa orang yang bersabar adalah orang yang tinggi kualitinya di sisi Allah. Jika dipraktikkan konsep ini, sesebuah organisasi harus memiliki kakitangan dari orang yang tinggi sifat sabarnya. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Anfal, Ayat 65, maksudnya:

“Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.”

DOA TERBAIK - "Ya Allah, Ampunilah Hamba Mu ini" - Kisah Awis

Di suatu ketika Saidatina Aisyah r.a. pernah menyuarakan kepada Rasulullah SAW tentang keinginan beliau untuk bertemu dengan Lailatul Qadar. Baginda bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a. tentang apakah doa yang ingin dilakukan sekiranya menemui malam Lailatul Qadar. Saidatina Aisyah r.a. menjawab bahawa hanya baginda lebih mengetahuinya. Rasulullah SAW menjawab bahawa doa terbaik ialah memohon keampunan dari Allah SWT.

Ajal menjemput kita pada waktu yang telah ditetapkan tidak lambat atau cepat walau sesaat pun. Apakah akan terjadi pada diri seseorang hamba di Alam Barzakh (Alam Kubur) sekiranya Allah tidak mengampunkannya (atau dengan kata lain Allah murka kepadanya)? Juga, apakah akan terjadi di Padang Mahsyar sekiranya seseorang hamba dimurkai Allah dan masih tidak diampuni ketika ajalnya? Sudah pasti kita dapat menjawabnya dengan tepat.

Pernah satu ketika Rasulullah SAW bersabda kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali r.a. bahawa akan lahir seorang yang amat mustajab doanya di zaman mereka nanti. Mereka diminta agar mendapatkan orang ini dan meminta beliau mendoakan agar Allah mengampuni dosa-dosa keduanya. Hal ini benar terjadi ketika zaman Saidina Umar r.a. iaitu di negeri Yaman (nama tempat xingat..) dan telah lahir seorang yang bernama Awis (nama penuh pun xdapat tangkap sbb xbawa pen & kertas...). Awis telah diuji oleh Allah SWT di mana beliau mempunyai penyakit sopak diseluruh badannya. Juga, Awis telah diuji oleh Allah SWT, di mana beliau hidup di dalam keluarga yang miskin dan ibunya pula telah lumpuh.

Pada satu hari, ibunya telah mendapatkan Awis dan menyatakan hasrat untuk menunaikan ibadah haji kerana takut pada tahun akan datang beliau akan meninggal dunia. Beliau telah meminta Awis menyediakan kenderaan. Awis menjadi bingung kerana beliau miskin dan bagaimanakah hendak menyediakan kenderaan untuk ibunya bagi menunaikan fardhu haji. Bahkan, untuk menyewa kenderaan pun beliau tidak mampu. Awis telah bersolat dan memohon bantuan Allah SWT tentang cara untuk memenuhi hajat ibunya. Allah SWT telah mengilhamkan sesuatu kepada Awis.

Beliau telah mengumpul wang sedikit demi sedikit sehingga cukup untuk membeli seekor anak lembu. Awis meletakkan anak lembu peliharaannya di atas sebuah bukit. Setiap pagi Awis memikul anak lembu ini di atas bahunya untuk di bawa menuruni bukit tersebut untuk diberi makan. Dan, memikul dengan cara yang sama pada sebelah petang untuk di bawa naik semula ke atas bukit iaitu ke tempat asal di mana lembu peliharaannya disimpan. Setelah cukup 8 bulan (kalau x silap saya), ibunya bertanya adakah Awis telah menyediakan kenderaan untuk beliau menunaikan fardhu haji di Mekah. Awis mengiyakan pertanyaan tersebut sambil menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebagai kenderaan untuk ibunya ke Tanah Suci Mekah.

Awis mendukung ibunya di atas bahu beliau dan berjalan menuju ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji. Setelah selesai menunaikan ibadah Haji, dua beranak ini kembali ke negeri asal mereka (Yaman) dan di tengah perjalanan, ibunya bertanya kepada Awis tentang apakah doa beliau ketika di Mekah? Awis menjawab hanya satu doa sahaja iaitu memohon Allah SWT mengampunkan dosa-dosa ibunya. Ibunya bertanya lagi sama ada Awis berdoa untuk dirinya sendiri? Awis mengatakan tidak. Ibunya bertanya mengapa tidak berdoa untuk diri sendiri? Awis menyatakan adalah cukup beliau berdoa agar Allah mengampuni dosa-dosa ibunya kerana jika Allah redha ke atas ibunya, maka, Allah akan redha kepada dirinya.

Ibunya bertanya lagi adakah Awis berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopak yang dialaminya? Awis menjawab tidak kerana beliau takut Allah murka kerana beliau tidak redha dengan ketentuan Allah. Ibunya terus menyuruh Awis berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit sopaknya dan sekiranya Awis enggan melakukannya, ini di anggap sebagai telah derhaka kepada ibunya. Awis terketar-ketar kerana takutkan apa yang dikatakan oleh ibunya dan berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya, namun, memohon Allah meninggalkan sedikit penyakit itu dengan harapan Allah tidak murka kepadanya sebagai tanda beliau redha dengan pemberian Allah itu. Doa beliau mustajab, di mana Allah menyembuhkan penyakit sopak Awis dan meninggalkan sedikit sopak sebesar ibu jari pada bahagian tengkuknya seperti mana yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali r.a.

Selepas beberapa tempoh, Awis kembali semula ke Mekah dan kali ini bukanlah untuk menunaikan fardhu Haji tetapi untuk bertemu dengan Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali r.a. Setibanya beliau di sana, Awis berjumpa dengan kedua-dua individu ini dan menyatakan bahawa masihkah kedua-duanya ingat akan pesanan Rasulullah SAW tentang doa mustajab oleh beliau? Kedua-duanya mengakuinya dan meminta Awis untuk berdoa kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh mereka.

Wallah hu Alam.