Thursday, 11 August 2011

Keturunan tidak diperlukan pada hari hisab.

Dari Aisyah r.a. dia berkata: Tatkala turun ayat: 'Dan, berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.' Rasulullah S.A.W. berdiri di atas bukit Safa, seraya berkata: Wahai Fatimah binti Muhamad, Wahai Safiyyah binti Abdil-Mutalib, wahai bani Abdil-Mutalib, aku tidak berdaya menolong kamu semua sedikit pun dari seksa Allah. Mintalah kepadaku dari hartaku menurut kehendakmu.' ..Pada hari Kiamat, manakala sangkakala sudah ditiup dan setiap orang dibangkitkan dari dalam kubur, maka setiap orang akan memisahkan diri drp ibu, bapa, isteri, anak, saudara dan rakan-rakannya...tiada apa yg memberi manafaat kecuali amal soleh ketika di dunia... (Renungan: dari pembacaan kitab tafsir, dinukilkan bahawa di akhirat kelak setiap manusia akan dibangkitkan dan di padang Mahsyar, semuanya sibuk memikirkan dengan amal perbuatan di dunia sementara menunggu perhitungan. Tiada siapa dapat menolong...isteri, suami, anak, saudara dan lain2...masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Hanya amal soleh kita sahaja yang dapat menolong...wallah hu alam).

No comments:

Post a Comment