Thursday, 11 August 2011

Waspadalah terhadap sesuatu yang boleh merosak solat mu.

Dari Anas dia berkata ‘Ada sebuah tabir milik Aisyah yang ia pergunakan untuk menutupi tepi rumahnya, lalu Nabi SAW berkata kepada (Aisyah), singkirkanlah dari ku tabir mu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa mengganggu ku dalam solat ku.’ …Allah mensifatkan orang-orang yang memiliki iman sebagai orang yang khusyuk dalam solatnya…. Khusyuk merupakan ruh solat, landasannya yang besar dan sendinya yang tegak teguh. ….Dari sini dapat kita menyimpulkan bahawa tempat yang engkau pergunakan untuk solat terbebas dari segala sesuatu yang dapat mengganggu kekhusyukan dan terlepas dari hal-hal yang memalingkan ketenangan hati di dalam solat, kerana ketengan itu merupakan buah yang dihasilkan oleh solat dan hal itu sangat diharapkan.

Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment