Thursday, 11 August 2011

Di antara adab Islam yang tinggi.

Dari Abu Al-Malih Al-Huzaliyyi, sesungguhnya ada beberapa orang wanita dari penduduk Hims yang meminta izin kepada Aisyah. Lalu Aisyah berkata ‘Boleh jadi kamulah yang termasuk orang-orang yang memasuki kamar mandi. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkata ‘Siapa pun wanita yang mencampak pakaiannya di tempat selain rumah suaminya, maka dia telah mengoyak tabir antara dirinya dan Allah.’ …..pada prinsipnya wanita itu bboleh melepaskan pakaiannya dan tidak perlu menutup auratnya di rumah suami dan bukan di hadapan selain mahram…Allah telah memerintahkan para wanita agar mengenakan pakaian, sehingga mereka menutup aurat…Ingatlah bahawa engkau akan dihisab sendirian di hadapan Allah atas semua perbuatan mu. Engkau tidak akan dapat mengharapkan pertolongan dari orang tua mahu pun anak.

Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment