Thursday, 11 August 2011

Ketahuilah hukum-hukum agama mu.

Dari Ummu Salamah, dia berkata “Ummu Sulaim pernah dating kepada Rasulullah SAW seraya berkata ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak merasa malu dari kebenaran. Lalu apakah seorang wanita itu harus mandi jika dia bermimpi?’ Maka Nabi SAW menjawab ‘Jika dia melihat air (mani)’. Lalu Ummu Salamah menutup wajahnya, da berkata ‘Wahai Rasulullah, apakah wanita itu juga boleh bermimpi?’ Beliau menjawab ‘Ya, Boleh. Maka, sesuatu yang menyerupai dirinya adalah anaknya.’ … Di antara kebaikan ke Islaman seorang wanita adalah jika dia mengetahui agamanya. Maka Islam mewajibkan para wanita mencari ilmu sebagaimana yang diwajibkan terhadap kaum laki-laki….Selagi engkau dikongkong rasa malu dan tidak mahu mengetahui hokum-hukum agama mu, maka ini merupakan kesalahan yang amat besar, bahkan boleh berbahaya.
 
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment