Thursday, 11 August 2011

Wasiat untuk mendapatkan pahala yang besar.

Dari Ibnu Abbas bahawa Juwairiyah, sesungguhnya Nabi SAW keluar dari tempatnya pada waktu pagi dinihari tatkala hendak solat subuh sedangkan Juwairiyah berada di tempat solatnya. Kemudian setelah  waktu dhuha baginda pulang dan ternyata Juwairiyah masih tetap duduk. Lalu baginda bertanya ‘Jadi engkau masih seperti keadaan tatkala aku meninggalkan mu?

Dia menjawab ‘Benar’. Nabi SAW berkata ‘Telah ku katakana sesudahmu 4 ucapan sebanyak 3 kali, jika ia ditimbang dengan apa yang engkau katakana sesudah hal ini, tentu ia akan memberatkan timbangannya iaitu Subhanallah, wabihamdih ‘adada khalqihi, waredha nafsihi, wazinata ‘arsyihi, wa midada kalimatihi (Maha suci Allah, dan dengan puji-Nya sebanyak makhluk-Nya dan seberat ‘Arasy-Nya dan seluas kalimat-kalimat-Nya). .. Berlumba-lumba dalam kebaikan merupakan hal yang amat menyenangkan. Hal ini perlu dilakukan kerana kehidupan tidak selamanya dalam keadaan aman, sedangkan ajal tidak diketahui dan bagaimana kesudahannya juga masih samar….. Pada hari ini ada amal dan tidak ada hisab, namun besoknya ada hisab dan tidak ada amal.

Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment