Thursday, 11 August 2011

Wajah-Wajah Di Akhirat

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. mengadap Rasulullah SAW dan bertanya "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Bila sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (an-Naba': 18). Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..."

Kedua belas barisan dengan 12 wajah yang di antaranya terdiri dari wajah-wajah 'seram', dijelaskan oleh Rasulullah SAW sebagai berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan - menyakiti hati jiran mereka
2. Mereka yang menyerupai babi - suka melengah-lengahkan solat
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala - enggan mengeluarkan zakat
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya - berdusta atau bercakap bohong
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya - mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu - balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut - tidak bersaksi dengan kebenaran
8. Mereka yang kepalanya di bawah dan kakinya di atas - berzina serta mati sebelum bertaubat
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api - memakan harta anak yatim
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan - melawan kedua ibu bapanya
11. Mereka yang buta mata dan hatinya serta giginya seperti tanduk , bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran - minum minuman keras
12. Mereka yang wajahnya bagai bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat - balasan bagi orang yang beramal soleh, menjauhi maksiat, mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Hadis di atas menyebutkan tentang 12 golongan atau barisan manusia yang akan dibangkitkan untuk menghadapi hari perhisaban. Kedua belas barisan tersebut antara satu dengan yang lain adalah berbeza rupa, wajah dan keadaannya. Ini sesuai dengan amalan mereka masing-masing semasa di dunia.

Petikan Buku: Wajah-Wajah Di Akhirat, Penulis: Muhammad Umar Ghazali (2010)

No comments:

Post a Comment