Thursday, 11 August 2011

Peringatan untuk isteri yang menuntut cerai.

Dari Thauban r.a. Rasulullah SAW bersabda 'Siapapun wanita yang meminta cerai kpd suaminya tanpa ada sebab kekerasan, maka haram baginya untuk mencium bau syurga.' ... Rasulullah SAW memperingatkan wanita Muslimah agar tidak terjerumus ke dalam dosa besar...Kewajipan suami terhadap isterinya:

(i) Memberi nafkah kpd isteri menurut keadaannya, baik dalam sempit mahupun lapang. Nafkah: makanan, minuman, pakaian, ubat-ubatan, tempat tinggal dll.
(ii) Hak di atas tempat tidur iaitu hak utk dikumpuli.
(iii) suami harus menjaga kehormatan isterinya, harta dan agamanya.
(iv) Kewajipan mengajarkan masalah-masalah agama kepada isterinya.
(v) mempergauli dangan cara yang baik...

Kewajipan isteri terhadap suami.
(i) Isteri harus taat kpd suami, tidak menyakitinya dgn perkataan mahupun perbuatan, berbuat untuk keredaannya agar dia dpt masuk syurga.
(ii) Isteri juga dituntut agar menjadi wanita solehah, ahli ibadah, menjaga dirinya tatkala suami tidak berada disisinya, juga harus menjaga harta suami dan rumahnya.
(iii) isteri juga harus takut kpd tuhannya mengenai harta suami, mempergunakannya secara bijaksana, tidak boleh membelanjakannya secara berlebih-lebihan dan tidak boros, tidak membebani suami dgn sesuatu yang ia tdk mampu.
(iv) isteri harus memiliki adab agama yang terhormat, menjaga pakaian dan perhiasannya.
(v) Isteri harus mengurus keadaan rumah dan mengabdi kpd suami dgn cara yg baik.
(vi) Isteri harus siap dituntun dituntun suami apabila dia keluar dari ketaatan kpd Allah atau melakukan sesuatu yg membuat Allah marah....

Wanita yg meminta kpd suaminya agar dia menceraikannya tanpa ada alasan kekerasan dan yang mengancam keutuhannya...maka diharamkan bagi sang isteri untuk mencium bau Syurga.... Perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci disisi Allah.

Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment