Thursday, 11 August 2011

Janganlah berdusta.

Dari Asma’ binti Abu Bakar bahawa ada seorang wanita yang bertanya kepada Nabi SAW seraya berkata “Wahai Rasulullah, aku mempunyai tetangga (madu), lalu apakah aku berdosa jika aku pura-pura menerima sesuatu dari suami ku padahal dia tidak memberi ku?” Rasulullah SAW menjawab “Orang yang pura-pura menerima sesuatu yang tidak diberikan kepadanya seperti orang yang mengenakan pakaian palsu.” …Islam bukanlah yang pertama yang memperkatakan aturan poligami. Dasar ini sudah biasa dilakukan di kalangan wanita Arab dan bangsa-bangsa lain sebelum mereka, baik orang-orang yang beragama Hindu mahu pun Nasrani. …Namun Islam mengajarkan keadilan di antara para isteri dalam hal makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan prasarana-prasarana lain bahkan juga dalam masalah tidur. …Akan tetapi kini dapat kita katakan bahawa tidak adanya keadilan daripada pihak suami yang melakukan poligami di antara isteri-isterinya, kecuali orang yang dirahmati Allah, bukan bererti merendahkan nilai syariat Islam tentang poligami. Aibnya dalam masalah ini terletak pada laki-laki yang menisbahkan dirinya kepada agamanya yang akhirnya mengotorinya… Kehidupan di antara seorang wanita Muslimah dan Muslimah yang lain harus benar-benar dapat menciptakan kedamaian, ketenangan, ukhuwah dan saling tolong-menolong di bawah lindungan Allah. Tetapi yang biasa terjadi justeru para wanita lebih sering bergaduh, berselisih, dan lupa bahawa wanita Muslimah adalah saudara. Jika sebahagian dari salah seorang di antara mereka sakit, maka semua akan merasakan sakit pula sehingga cubaan dan musibah terasa ringan bagi mereka. …Pelajaran: kita tidak boleh memuji diri sendiri dengan pujian yang sebenarnya tidak ada pada diri kita, dan kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan satu kebohongan yang melebihi ukuran diri kita … hubungan yang baik antara seorang Muslimah dan Muslimah yang lain, termasuk pula dengan madu … cemburu yang memuncak, yang biasanya menyala di antara para madu, harus ditahan agar tidak mendatangkan kemarahan Allah. Sebab bila sering terjadi perkelahian di antara para isteri, boleh jadi akan membangkitkan penyesalan pada diri suami kerana ia telah menghimpun mereka. Namun selagi para wanita Muslimah iltizam dengan batasan-batasan syariat yang hanif, maka kegembiraan akan merebak di dalam rumah, sehingga keutamaan Islam menjadi jelas di mata manusia.
 
Petikan dari Buku: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

No comments:

Post a Comment